Showing posts with label teknologi dan inovasi. Show all posts
Showing posts with label teknologi dan inovasi. Show all posts

09 December 2011

5th post...reka cipta...

hurm...
blur nak reka ape...
sebagai student environment, maybe reka dari barang yang dah xnak digunakan lagi mungkin sesuai kot...
lagi-lagi bila tema sebelum ni tema "furniture"...
agak payahlah kalau nak reka perabut...

so...
rekaan saya ialah "invisible book shelf"

senang je...

bahan yang perlu:


buku yang dah tak guna
skru
tape
"L" Bracket

langkah 1

 skru L bracket kat dinding...
sebab takut nak rosakkan dinding lagi, so saya just guna tempat yang memang dah ade skru...
(nanti papa marah tebuk lubang kat dinding)

langkah 2



 sebab sayang kat buku ni lagi...
so xnak lah gam kan and rosakkan...
so just tape buku ni...
then selitkan ruangan untuk L bracket tadi masuk...

langkah 3


rhen susun la buku sampai cover L bracket tadi...

so

senang je kan!!!

 










01 November 2011

1st update...

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...


Tahun ni daftar kursus PB TEKNOLOGI dan INOVASI dalam PENDIDIKAN...
so far so good...
assignment individu kne cari 10 gambar, 10 video, buat webpage (blog ni lah), cari artical tentang bahan bantu mengajar, reka bahan bantu belajar...
last sekali kena buat video...


tapi gambar dan video kena ade tema...
so tema yang dipilih ialah "furniture" ataupun "perabut"...





30 October 2011

assignment 1st Mejar Jasmy

CADANGKAN 5 LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN TEKNOLOGI DAN INOVASI TIDAK MENJEJASKAN DISIPLIN DAN SAHSIAH PELAJAR-PELAJAR KHASNYA DAN PARA PENGGUNA AMNYA

Pada pendapat saya, langkah pertama untuk mengelak disiplin dan sahsiah pelajar dan pengguna terjejas kerana teknologi dan inovasi ialah hasil peranan dan pengawasan para ibu bapa di rumah. Ini kerana, ibu bapa haruslah memberikan perhatian mereka kepada anak-anak semasa mereka melayari internet. Begitu banyak laman web lucah yang tidak di sekat kerajaan yang boleh dilayari oleh anak-anak. Ibu bapa haruslah menyekat penggunaan internet di rumah dengan menggunakan “parental control software” dimana ibu bapa boleh lah memilih laman web yang mana sesuai dan boleh dilayari anak mereka.

Langkah kedua pula, peranan guru amat penting dimana mereka perlulah mendidik anak murid mereka bahawa teknologi dan inovasi yang terdapat didunia ini bukanlah untuk melekakan mereka tetapi untuk menyenangkan mereka. Antara contoh ialah e-book ataupun pc tablet yang diberikan kepada pelajar di negeri Terengganu untuk menggantikan penggunaan buku di sekolah. Memang tidak dinafikan lagi bahawa penggunaan e-book banyak mendatangkan kebaikan kepada pelajar kerana pelajar tidak lagi perlu mengendong beg sekolah yang berat. Namun begitu, jika pelajar memuat turun software permainan di dalam pc tablet tersebut seperti “Angry Bird”, ataupun perisian yang boleh mengganggu tumpuan pelajar tidak di cegah, nescaya teknologi yang diberikan akan dipandang rendah ataupun dikutuk oleh para ibu bapa.

Selain itu juga, peranan kerajaan amat diperlukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin para pelajar dan pengguna. Jika kita taip sahaja perkataan “melayu” di google search, kita akan terkejut dengan berapa banyaknya laman web yang keluar berdasarkan pencarian tersebut. Namun yang menyedihkan ialah hampir separuh dari carian tersebut berasaskan “sex” ataupun “perkara lucah”. Mengapa perkara ini berlaku? Adakah dunia semakin moden, video camera semakin canggih, mereka ingin menjadi pelakon dan pengarah filem amatur? Mengapa pihak kerajaan tidak membuang laman web tersebut dan menyekat laman web tersebut daripada dilayari oleh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun? Pihak kerajaan silalah renung-renungkan lah.

Langkah keempat pula bergantung kepada peranan rakan sebaya dan juga masyarakat. Seperti yang kita sendiri alami, apabila mengunakan teknologi seperti netbook, handphone, kita seringkali leka berchatting dengan rakan kita yang lain. Tidak sah jika menghadap computer mahupun telefon lebih daripada kita menghadap seseorang itu “face-to face”. Mereka akan memberikan alasan, “dunia sudah moden, kenapa mahu berjumpa sedangkan ada skype? Membazir minyak lah nak kuar rumah”. Bagi remaja di luar sana, berjumpa dengan rakan ataupun melepak lagi sihat dari terkurung di rumah menghadap computer sepanjang hari.

Akhir sekali, didikan agama dan juga kesedaran individu juga penting supaya mereka tidak terpengaruh dengan anasir-anasir buruk teknologi dan inovasi. Apabila kuat didikan agama, kita ingat kepada tuhan, nescaya kita tidak akan leka walaupun kita ada teknologi yang tercanggih di dunia. Kesedaran individu juga penting bahawa teknologi ini untuk memudahkan kerja harian mereka dan bukanlah alat untuk disalahgunakan dan melekakan aktiviti mereka sebagai pelajar.

1. Nama sebenar: NOR ALINA BINTI MOHAMAD ROSLAN
2. Nombor Matrik: A129584
3. Tahun Pengajian: 3
4. Fakulti: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI (FST)
5. Email: alin.mroslan@gmail.com
6. Facebook:
babylina_2202@yahoo.com (Alin Mroslan)